Quantcast
Channel: Sobri Mansor | Cerita Dalam Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 41

Pengalaman membuat pemeriksaan kenderaan di Puspakom Bangi

$
0
0


Bismillah...

Alhamdulillah, proses untuk mengubah ayang ucuk saya yang nombor 2 sudah hampir selesai. Semalam hampir separuh hari aku beratur menunggu giliran untuk buat pemeriksaan kereta Proton Wira saya.

Sebabnya....

Cukai jalan tamat tempoh lebih dari setahun

Jadi....

Saya kena bawa Proton Wira saya mara mengadap ke Puspakom. Kalau ikutkan perancangan, nak tempoh Puspakom Mobile Team untuk datang buat pemeriksaan ke rumah. Memandangkan kekosongan temujanji hanya pada 28hb Jun 2016, maka terpaksa bawa juga ke cawangan Puspakom berdekatan

Ini merupakan pengalaman pertama saya buat pemeriksaan di Puspakom. Jadi macam orang hulu terkial-kila bertanya proses sewaktu pemeriksaan tersebut. Sebelum ini saya banyak bertanya dengan mana-mana bengkel kereta tentang proses sewaktu pemeriksaan Puspakom ni. Selain itu, buat sedikit pembacaan di internet. Bukan apa, sebab nak tau berapa jumlah yang perlu dibayar setelah pemeriksaan selesai.


Berurusan dengan Puspakom ni sebenarnya mudah. Cuma anda kena menunggu lama untuk dapatkan kelulusan dari mereka. Sebelum masuk ke tempat pemeriksaan, anda kena pastikan bahawa kenderaan anda memang dalam keadaan baik. Maksud kenderaan anda dalam keadaan baik adalah:

  1. Kenderaan anda bukan kenderaan curi
  2. Tidak melakukan pengubahsuaian melampau
  3. Filem penapis haba mematuhi piawaian dari pihak JPJ
  4. Kenderaan anda bukan kenderaan potong. Orang kedah panggil kereta piang

Kalau keempat-empat kategori diatas anda rasakan mampu, anda dijamin selamat. Saya terpaksa beratur untuk kali kedua gara-gara filem penapis haba untuk cermin besar di hadapan adalah melebihi 70% walhal piawaian dari JPJ meluluskan cuma 45%. 

Solusinya adalah, saya terpaksa koyak tinted kereta yang dihadapan dan beratur semula untuk pemeriksaan kali kedua. Baru lulus dengan cemerlang. Dapat gred A+ gitu.

Sambil saya update entri ini untuk tatapan ramai, saya kongsikan juga tips agar kenderaan anda lulus pemeriksaan dari PUSPAKOM. Jangan pandang remeh. Takut nanti anda rugi sebab terpaksa beratur berkali-kali untuk lulus pemeriksaan.

Tips mudah lulus pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM:

1. Sediakan dokumen lengkap seperti geran kereta asal dan salinan kad pengenalan pemilik. Jika pemilik tidak boleh hadir atas sebab tertentu, boleh wakilkan suami, isteri, anak, kawan atau sebagainya. PUSPAKOM akan berikan saru borang khas untuk diisi oleh wakil pemilik.
2. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik serta sempurna. Lampu hadapan, lampu brek, lampu isyarat, sistem brek, nombor chasis. Pemeriksa akan lihat dan bandingkan no chasis yang terdapat pada kenderaan anda dan juga yang tercatat pada geran kereta.
3. Pastikan filem penapis haba untuk keempat-empat pintu tidak melebihi 50%. Cermin besar hadapan mesti kurang dari 45%. Ini salah satu sebab kenapa saya terpaksa beratur menunggu buat kali kedua untuk pemeriksaan disebabkan gagal pada kali pertama.

Jika anda tidak berani menangung risiko untuk bawa kenderaan di PUSPAKOM berdekatan, jangan risau. Anda boleh hubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1800-222-210 untuk tempah mobile team untuk datang ke rumah membuat pemeriksaan. Perkhidmatan ini bukan percuma. Dikenakan bayaran. Cuma mahal sedikit berbanding anda walk-in.


Saya cuba untuk tempah perkhidmatan mobile team ini tetapi memandangkan temujanji tersebut tidak ada dalam masa terdekat, saya tawakkal sahaja bawa kereta ke PUSPAKOM Bangi. hehehe. Hati kering sikit bulan puasa ni. Kena doa yang baik-baik supaya tidak kena tahan dengan JPJ atau Pak Polisi.

Sekarang ni, saya punya marka sudah boleh bebas berjalan ke mana-mana. hehehe. Tanpa rasa malu. Banyak duit modal untuk repair habis. Biasa la. Kereta dah 11 tahun pakai. Sekali meragam, macam ni lah. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 41